[Sekadar menulis kembali]
(sebahagian isi ringkas daripada buku asas falsafah dan pemikiran melayu berteraskan islam oleh Prof awang sariyan)
----
Menurut hakikat kesatuan diri manusia yang terdiri daripada ruh yang mewakili diri yang batin yang mengenal penciptanya dan juga jasad yaitu diri luaran manusia. Ilmu terdiri kepada dua kategori yang utama iaitu ilm pemberian Tuhan dan ilmu yang dicari. Kategori ilmu yang pertama secara mutlak diperlukan manusia untuk dijadikan panduan dan asas penyerahan diri kepada Penciptanya sekaligus ia menjadi suatu fard ayn, ilmu dalam kategori ini terangkum dalam ilmu-ilmu keagamaan. Kategori yang kedua meliputi ilmu rasional, intelektual dan falsafah hanya diperlukan atau dituntut atas sebilangan orang Islam sahaja dan merupakan ilmu fard kefayah.
Taha Jabir Alalwani mengungkap ilmu jenis yang pertama sebagai ilmu tujuan dan yang kedua sebagai ilmu cara. Namun demikian,pembahagian kedua-dua jenis ilmu tiada bererti ianya terpisah antara satu sama lain tetapi bersatu dalam konsep ilmu, sebagaimana ruh dan jasad menyatu dalam diri.kedua kategori ilmu ini diperincikan oleh Al-ustadz Syed M Naquib Alattas seperti berikut:
A. Fard Ayn.
1.quran: tilawah dan interpretasinya (takwil dan tafseer)
2.sunnah: kehidupan Nabi s.a.w , sejaran dan ajaran2 nabi sebelumnya; hadith dan perawiannya.
3.syariah: perundangan-perundangan dan penghakiman; prinsip-prinsip dan amalan islam
4.Tauhid: Tuhan, zat-Nya , sifat-sifatnya, nama-namaNya dan tindakan2Nya.
5.Metafizik islam (tasawuf): Psikologi, kosmologi dan ontologiL unsur-unsur sah falsafah islam termasuk doktrin-doktrin kosmologi yang berkaitan dengan tata tingkat kewujudan.
6.sains linguistik: bahasa arab, nahu saraf (leksikografi) dan persuratan.
B.Fard kefaya.
1.sains kmanusiaan
2.sains Tabii
3.Sains Terapan
4.sains teknologi
disiplin baru yang perlu ditambah dalam kategori ini.
5.pebandingan agama dari sudut pandang islam
6.kebudayaan dan peradaban barat
7.sains linguistik bahasa2 islam- melayu, farsi,urdu, turkey. -tatabahsa,leksikography dan persuratan-
8.sejarah islam: pemikiran, kebudayaan, peradaban Islam , perkembangan sains dalam islam, falsafah sains islam; islam sebagai sejarah dunia.
klasifikasi ilmu islam ini dikemukakan yang alattas diterima dan dijadikan konsep ilmu dan klasifikasi ilmu dalam persidangan sedunia tentang pendidikan islam yang pertama di makkah anjuran King abdul aziz university pada 3 mac-8 april 1977.
(sebahagian isi ringkas daripada buku asas falsafah dan pemikiran melayu berteraskan islam oleh Prof awang sariyan)
4 comments:
Fard ayn,post yang menarik!
by the way,is that the right way to spell fard ayn? atau saja nak tulis kasi nampak fancy sikit ?
sorry for asking, im just curious.
fard 'ayn .kot.
kalau ikut english translation, perkataan tu diromanizekan sebegitu rupa. :)
salam, apa beza rausyanfikir dan pemikir? ada beza ke?
itu kena rujuk buku ali shariati, kerana istilah tu beliau yg julang kepada masyarakat kalau tidak silap saya.
cuma faham saya, roshan-fekr bermaksud enlightened-minded -intelectuals-being able to consider other points of view..
itu istilah parsi.
:)
Post a Comment