i.
Ghuraba'
Kebenaran terlalu janggal,
Janggal sehingga menjadi jelik.
Jelik kerna pada matanya pelik.
Seronokkah jadi pelik?
ii.
Awan
Lapis-lapis
yang menumpul
segala yang ingin menembus.
awan.
berkurangkah sifat mentari dengan adanya engkau?
hinggakan murba dibumi merintih walang rindu- derita
yang berkabung terus legam, menghitam
awan
apakah mentari lebih berma'na tanpa wujudnya engkau?
Hangat segala harapan menghidup yang disiramkan- bahagia.
tersiram lebih, lantas tajam membuta
iii.
Dunia
ingin sahaja aku
menanggal segala pakaian dunia.
yang kuibarat semua plastik belaka.
laluku baluti dengan kudus ihram akhirat
malangnya
tubuhku kutlah terbakar melecur
bersama yang ku lihat plastik
yang akhirnya menjadi kulitku sendiri.
kekal.
sampai mati.
Baihaqi, Kampong Meru,Tanah jajahan Pas, Malaysia Najib punya
0913 30|07|11
No comments:
Post a Comment