(ada beberapa orang tanyakan soalan yang sama pada saya, pertama sekali, saya sendiri bukan ada autoriti dalam hal ini, cuma sekadar kefahaman saya selepas berguru, membaca, dan mengkaji, saya letakkan reply emel ini untuk manfaat semua)
-----
Bismillahir-Rahmanir-Rahim.
Waalaikumussalam,
Pertama sekali saya mohon maaf atas kelewatan untuk memberi pendapat tentang usrah, pemikiran dan yang berkaitan dengannya. Dan saya rasa sangat-sangat segan dan tak layak untuk menyuarakan pendapat tentang hal ini.
Kedua, tentang dakwah. Perluaskan maksud dakwah tu. Adakah semata dengan Jemaah haraki sahaja kita dapat laksanakan dakwah yang tampak. Banyak lagi isu-isu yang boleh dibangkit dan lebih dekat dengan masalah kemasyarakatan yang lebih islami sifatnya seperti penjagaan alam sekitar, kepenggunaan, kempen majlis ilmu dan sebagainya yang tidak dititik beratkan oleh Jemaah haraki yang kelihatannya terlalu menumpukan untuk meraih pengikut dan kekuasaan.Banyak lagi organisasi2 lain yang boleh kita sertai. Apabila tarbiah ruhi itu disalahguna sebagai satu method utk mendoktrinisasikan fahaman dan agenda politik yang kemudiannya berakhir dengan menutup mata mereka kepada idea/aliran lain yang berkemungkinan lebih baik atau terbaik.
Saya bukan menyalahkan mereka , banyak sisi baik mereka khususnya dari sisi ruhaniah yang mengajak kepada ramai untuk islah diri dan permulaan kesedaran islami tapi tetap sisi perjuangan mereka itu yang meletakkan kita dalam satu kitaran pemahaman dangkal terhadap islam walau mereka sebut al-islam huwa al-hal tetapi masih kabur apa Hal-nya selain tak sabar mereka untuk mentadbir Negara dengan pengaruh suara majoriti. Bagaimana ingin tadbir Negara jika tiada persiapan substansial yang benar-benar berteraskan tradisi islam? Cukup sudah jika diberi contoh kekeliruan dalam isu ekonomi islam. Saya rasa kamu sendiri sedar perkara ini, bukan?
Sebelum sentuh soal pemikiran dan bagaimana cara memilih dan menguruskannya. Awak perlu tahu yg kita sama-sama masih baru dalam soal ini. Sekadar sedikit kefahaman saya untuk dikongsi.
Pertama, dalam memilih sumber rujukan perlu kepada 2 wibawa/autoriti yang pertama dan wajib tentulah al-Qur’an dan As-sunnah, dan autoriti yang kedua adalah para ulama yang mengikut kerangka Aswj. Penolakan kepada autoriti kedua menjurus kepada fahaman Ghulluw aliran pseudo-salafi atau shaykh yusuf qardawi sebut sebagai zahiriah al-judud (neo-literalist) .dan fahaman ini yang terkesan kepada gerakan islam kita dengan pelbagai nama lain seperti salafi,Wahhabi,gerakan tajdid dan sebagainya.
Wibawa ulama sebagai warasatul anbiya’ perlu sangat ditekankan untuk tidak bermudah-mudah mengeluar pandangan sendiri berdasarkan zahir nas semata ataupun takwil ikut suka kita. Adapun apa yang berlaku sekarang adalah taasub kepada pendapat ibnu taymiah dan membidaahkan ulama lain selainnya seperti yang terkena kepada kelompok sufi, bahkan Hujjatul-Islam imam Al-ghazalli sendiri yang telah diperakui sebagai mujaddid zamannya oleh jumhur ulama tidak lekang dituduh sesat. Sesungguhnya maqam keilmuan imam ghazalli kalau hendak dibandingkan dengan shaykh-ul islam ibnu taymiyah jauh melangit , lihat saja beza gelaran yang diberi kepada kedua ilmuan islam
ni. Bahkan al-ghazali hidup lebih 200tahun awal dari ibnu taymiah dan lebih dekat dengan zaman nabi.
Masalah sekarang bukan pada ilmuan ini tetapi bagaimana kita bersikap terhadap mereka, para pendokong pseudo-salafi kebanyakannya meng-hijack pendapat-pendapat ibnu taymiah secara umum dan secara khusus untuk menyesatkan kelompok lain seperti aliran sufi/tasawuf (sedangkan ibn taymiah sendiri adalah pengikut tarekat qadiriah) , al-asyairah, almaturidiah dalam akidah. Ini disebabkan oleh semangat mereka untuk kononnya sebagai satu gerakan pembersihan (puritannical movement) islam dari segala unsur-unsur tambahan dalam agama, mereka mengehadkan yang asli hanyalah quran dan sunnah. Pendekatan yang rigid ini menyebabkan mereka terjebak dalam literalisme dan kaedah tekstualistik dalam memahami islam dan mengakibatkan kontang sisi ilmiah islami. Ini masalah yang berlaku di Saudi akibat fahaman Wahhabi dan kemudiannya berkembang di seluruh dunia. Ini juga yang disebut sebagai detradisionalisasi dan desufiisasi dalam wacana keislaman dan moraliti salah satu masalah dalaman islam sendiri.
Kedua, jika di diagnose masalah ummat ternyata sekarang adalah masalah pemikiran, ataupun ghuzwatul-fikr. Mengikut sejarahnya kita sekarang seolah berada dalam WWII , serangan pemikiran gelombang kedua setelah gelombang pertama di tangani oleh ulama kita dahulu ketika masuknya fahaman-fahaman falsafah yunani,greek,hindu dan sebagainya kedalam ilmu-ilmu islam. Masalah sekularisasi ini yang sebenarnya paling aula untuk ditangani oleh gerakan-gerakan islam tetapi kelihatannya tidak. Seperti mana tokoh mujadid abad 20 Badiuzzaman said nursi lakukan dalam menentang serangan sekularisme dengan risale-I nur nya di turkey ketika Attarturk mengganas . Jadi saranan saya kepada awak, kita hadam karya islam dan sekularisme, syed naquib alattas, kita cuba fahami sama-sama apa itu sekularisasi, dualisme pemikiran, islamic worldview dan gagasan islamisasi, insyaAllah.
Ketiga, apabila mencedok atau membaca tulisan-tulisan orientalis ataupun falsafah-falsafah barat @ libertarianisme , perlu sangat hati-hati yang terkadang buat kita terpesona dengan idea-idea mereka dalam agama seperti transcendantalisme yang memungkinkan utk kita terkhayal sisi baik (external) pluralisme yang mengabaikan sisi zahir agama iaitu syariat dan semata-mata mengutamakan sisi hakikat pada peringkat munazah. Idea-idea islam liberal yang meletakkan premis, ilmu manusia dalam mentafsir wahyu itu selamanya relative dan hanya ilmu Allah shj yang mutlak juga meletakkan kebenaran itu sebagai satu yang subjektif amat-amat mencelarukan. Perlu faham bahawa jika dibanding dengan ilmu Allah sememangnya ilmu manusia itu relative tetapi jika dilihat dari perspektif manusia untuk kegunaan manusia ia adalah absolute. Ilmu manusia boleh disebut sebagai relatively absolute dan ilmu Allah adalah absolutely absolute.
Saya Cuma sekadar beri sedikit pendapat untuk awak nilai dengan merujuk beberapa sumber, mengenai 2 aliran dalam islam yang tersebar luas iaitu pseudo-salafi yang merosakkan islam secara dalam dan liberalism yang menyerang islam dari luar yang masing-masing wujud dalam kalangan ahl bekas Jemaah kita. Saya harap dapat membantu awak sedikit sebanyak.
Dan aliran2 lain seperti ahbash adalah tindakan reaksi kepada pseudo-salafi yang menghukum kafir kepada Aswj yang asal. Dalam apa-apa aliran,jika ada daripada pandangan yang dilontarkan itu mungkin tampak bertentangan dengan Islam, tetapi selagi tidak menyangkut nas yang qat‘i, ia lebih baik tidak terus mengkafirkannya, tetapi cukup mengatakan pandangan itu tidak benar dan bertentangan dengan pandangan yang rajih. Masalah bukan semata pada 2 aliran ini ataupun khusus kepada salafiah tetapi pada sifat ekstremisme itu sendiri.
Baihaqi
No comments:
Post a Comment