Sep 22, 2010

Yaman

-sedang tahlil-

Kembara saya di Yaman menjengah ke beberapa alam persoalan yang telah lama cuba saya rungkaikan .Mungkin berbeza tujuan dengan pelbagai manusia lain yang mengembara dibumi iman dan hikmah ini. Rata-rata disimpul bersama tujuan tazkiatunnafs sebagai titik tolak sampainya mereka kesini. Lain pula saya, yang mencari  kembali bata-bata tauhid yang tidak lengkap disimen dan dikeringkan dan dengan kepelbagaian jenis batu yang disusun tidak cermat untuk membentuk benteng akidah yang kukuh.

Selewat umur mencecah 14 tahun atau lebih awal lagi, persoalan-persoalan yang berkisar mengenai kewujudan serta ketuhanan sering jadi igauan, mimpi indah juga mimpi ngeri, kedua-duanya bertempur untuk merebut hak autoriti siapa yang lebih benar. Dan lewat puncak trauma itu adalah halawatul-iman dan kerana kegagalan untuk mengurus persoalan-persoalan yang semakin banyak bertimbul dalam ruang minda itu akhirnya mengakibatkan kekacauan serta kekeliruan yang saya fikir agak kronik .

Islam itu mudah,indah, dan menyeluruh, tetapi apabila dihurai perkara-perkara usul mendetil dan mencabang yang menimbulkan kepelbagaian pendapat menjadikan ia rumit untuk difahami yang sewajarnya tidak patut muncul pada lidah-lidah orang awam , tetapi akibat permasalahan ini telah merebak  keseluruh masyarakat dan berakar umbi  khususnya yang  mementingkan ma'na hidup dan kebenaran, ia perlu diatasi antaranya secara ilmiah, mahupun fenomenologi.

Antara usaha untuk memurnikan kekacauan dan kekeliruan itu, saya cuba kembali kepada dimana reruntuhan itu bermula, dimana silapnya yang terlencong pada jalan yang saya faham sebagai kebenaran asalnya.Saya cuba telusuri sejarah perbezaan-perbezaan pendapat para sahabat selepas kewafatan junjungan terulung Muhammad Rasulullah. Kemudiannya saya cuba padankan dalam lompong-lompong keliru itu.Hasilnya masih hampa, mungkin kerana ketidaksanggupan untuk meninggalkan apa yang difahami selama ini atau ketidaksanggupan untuk melabel sesat kepada yang bertentangan.

Pertelagahan antara sunni dan syiah mengalih perhatian saya kepada sufism aliran bani alawi yang saya cermati dan fahami menyantuni dan memenuhi lompang-lompang sunni secara zahirnya melalui kefahaman saya juga melengkapi ketiga-tiga sumber hukum utama syiah, alquran, assunnah juga ahlulbait.Meskipun rancak dimomokkan dengan kesesatan para sufi oleh golongan yang sesedap hati menggelarkan diri salafi yang telah meng"hijack" pendapat-pendapat ibnu tayyimah lalu menyesatkan golongan-golongan sufi ini. Sedangkan masih terdapat kajian yang menyatakan bahawa ibnu taymiah sendiri juga adalah pengikut tarikat qodiriah*.

Dan di Yaman, saya mencari sesuatu, iaitu asal Islam Malaysia yang saya anuti, Islam tradisional yang dibawa jauh dari hadramaut melalui pedagang-pedagang ke tanah melayu dan dakwahnya berkembang subur serta mengislamkan satu nusantara dan amalan-amalannya juga berkembang -walaupun terlalu banyak dilabel bidaah oleh wahhabi, saya cuba untuk mendapatkan penjelasan mengenainya pada ahlinya- .Di Yaman juga adalah Bumi Tasawuf, tempat bersuluk untuk menemui Tuhan yang mengajarkan keperibadian yang unggul, biarpun terlalu daif untuk mengamalkannya.Saya tahu caranya.

Lewat celaru yang masih tak punyai pengakhiran, biar sahaja dahulu saya keawangan antara semuanya, biarpun sunni atau syiah, mahupun wahabi ataupun ahbash, Saya adalah Muslim. Selagi mereka mengakui dan membaca Al-ikhlas bersama hati semudah dahulu. Merekalah adik, abang dan kakak saya. :)

Pencarian saya berakhir.
Terlalu banyak lagi persoalan lain yang ingin saya selesaikan.


--------------------
*saya ada terbaca satu kertas kerja kajian mengenai ibnu taymiah dan tarikat qadiriah. tetapi lupa baca dimana.


-dalam satu riwayat rasulullah, beliau secara jelasnya mempromosi yaman sebagai suatu tempat untuk mencari pendirian, mencari  iman. dan mencari hikmah.
-Berdiri atas pagar tidak bermaksud tiada punyai pendirian.Tetapi saya kira adalah jalan selamat bagi tidak menghukum kepada yang mungkin akan dikembalikan hukuman tu pada saya. Saya muslim.mereka juga muslim.
-Walaupun saya agak tidak berkenan dan suka dengan beberapa label pihak, saya punyai sebab yang kukuh untuk menidakkan tindakan mereka.
-Selagi tidak ekstrimis, taasub dalam sesuatu hal, Mata kita akan celik dengan hal-hal yang lebih tinggi nilainya.Antara kita dengan Tuhan, antara kita dengan makhluk. Sebarkan Salam ... :)

-selama 3minggu setengah di Yaman juga, saya telah khatam 7 buah buku yang dibawa, pecah rekod diri sendiri.tahniah! :p

4 comments:

amirah said...

hurm.
kita sama sama perantau di bumi tuhan
sama sama inginkan kebaikan
mencari kenal jalan keredhaan
janji tuhan
“Barangsiapa yang bersungguh-sungguh mencari keredhaan Allah, nescaya benar-benar akan ditunjukkan kepadanya jalan-jalan Kami”
(Surah Al-Ankabut : ayat 69)
semoga peroleh hadiah istimewa dr Allah; ketenangan dan kejayaan abadi.

Amermeftah said...

saya 'like' post anda

Abesa007 said...

menarik, Islam di Malaysia dari hadramaut?

baihaqi said...

ya.boleh baca sejarah. hehe.

lihat shj bilangan keturunan para habaib di nusantara. indonesia khususnya.

negara kita sendiri, sultan2nya adalah keturunan nabi daripada jurai habib muhamad isa almuhajir yang berpindah ke yaman dari baghdad ketika pelampau qaramitoh melakukan kerosakan di baghdad dl.

juga lihat budaya2 kita dan mereka, tahlil, maulid, kain pelikat dan banyak lagi persamaan.. :)

saya saran, awak baca buku historical fact and fiction smn alattas.