Apr 19, 2009

salasilah



'rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina kurrata a'yun'


Usai solat isya' di masjid Gamal,


Saya  : pijo, besar nanti pijo nak jadi apa? 
Pijo    : macam-macam pijo nak jadi.


Saya  : ha. abang tau, pijo mesti nak jadi ultraman kan? tak pun power rangers..
Pijo    : taknak lah..pijo taknak jadi tu. Tipu je semua tu. Mana ada ultraman wujud.


Saya  : Jadi,pijo nak jadi doktor macam abah pijo ke?
pijo     : tak tau..


Saya  : habistu pijo nak jadi apa?
Pijo    : macam-macam Pijo nak jadi, tapi yang paling paling paling paling pijo nak jadi ialah Hafizul quran..


Saya   :  err.. (senyap)
Pijo     : aah, Pijo nak hafal Quran banyak-banyak!




-----------



bertubuh kecil,berjubah suci putih, berkopiah kekuning-kuningan, ceramah baginya adalah santapan harian, Bagai mendengar lagu, sentiasa keawangan bertemu Tuhan. Berahinya hanya pada Al-quran.Si kecil itu adalah Hafizul Aiman.Berjiwa besar ingin menggapai HamlatulQuran

bagaimana kawan-kawan lain ketika seumur Pijo?

saya masih teringat bagaimana saya meraung menangis merayu pada mama supaya dibelikan  video tape  Ultraman dan Masked rider satu masa dahulu ketika seusia Hafizul Aiman. Ragam anak kecil manja pada seorang mama yang terlalu penyayang, dibelikan semua. Juga,tetap segar dalam kotak ingatan ni, setiap akhir bulan bagai satu kewajiban untuk membeli komik, bukan satu bahkan lebih dari 6 buah sebulan. Kagum? haha..

Segan bila nak dibandingkan dengan Pijo. kan?
jika kita merasakan pijo bernasib baik kerana disenyawakan oleh dua aktivis dakwah, maka suasana keluarga mereka sentiasa penuh hidayah, barulah terlahirnya anak-anak yang tertarbiah, bagai cerita seindah cerpen islamik syauqatulwardah.maka disinilah akan ada suara-suara rintihan ,

 "kenapalah keluarga aku tak macam tu?, huh.."

jangan merintih sekarang jika tidak dilahirkan dalam sebuah keluarga berlatar masyarakatkan ustaz ustazah mahupun kiyai.atau juga hafiz hafizah,jangan merintih dengan apa yang tiada.Keluarga kita adalah yang terbaik untuk kita,yang disediakan oleh Allah untuk kita, yang mengajarkan kita kehidupan.

yang merintih itu mereka yang diracuni Novel-novel bernuansakan islamik keterlaluan, Mengimpikan suatu yang mustahil dicapai ,sehingga menyalahkan taqdir kehidupan.Jangan begitu kawan ..

biarlah salasilah kita bukan daripada jalur-jalur duat penggiat dakwah,abaikan semua itu.Biarkan kita yang mula mewariskan dan yang memulakan kemuliaan pada jalur salasilah kita.Biar kita yang mewariskan Tarbiyah itu.Melahirkan kader-kader bermutu,pejuang agama yang gitu.Inilah yang kita perlu mulakan.

menarik ramai orang menyertai jemaah terkadang hanya menghasilkan 'peserta' dakwah tetapi bukan pejuang dakwah.Dengan kuantiti, Islam pada sejarah tidak pernah melonjak menang, tetapi dengan pewarisan dakwah atau tarbiah itulah yang akan melahirkan pejuang-pejuang berkualiti yang akan duduk di saf-saf hadapan memainkan peranan dengan aktif.

bukankah para anbia wal mursalin itu hadir dengan pengikut-pengikut yang sedikit.Tapi, sedikitnya bilangan kader itu,tetap berkesinambungan lantaran wujudnya pewarisan dakwah ini? sehinggakan konsep pewarisan tarbiyah dan dakwah itu terabadi dalam Quran.



Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam
(Surah al-Baqarah [2]:132)


hentikan rintihan mulakan langkah perubahan, kitalah yang akan mewarnai salasilah kita dengan keizzahan Islam, semaikan pada jiwa kita iman,perbaiki niat, perbanyakkan amal.Mungkin saja kelak nanti, kesah kita ini akan dinovelkan ;)




-----------

we dont have time asking for things that we dont have, we can only look for the best way to fight with the things we have for our whole life.
- hiruma yoichi-

10 comments:

cimok said...

haha...
x habes2 ngan es21..

respekla budak tu..

asma said...

salam , nice blog ...kena update selalu mcm kakak.

Anonymous said...

selepas lama berdiam. salam ziarah..=)

stuju dgn post nta ni..
tidak perlu menyalahkan asal usul kita. kdg kala menjadi perintis lebih baik dr mewarisi krn kita yg cri sendiri.

moga kita semua sentiasa dipandu Allah.. =)

baihaqi said...

to mama,

haha...amad ni pmalas la mama nak update slalu...

to neiman..

syukron,
biar kita mulakan salasilah mardhatillah..

to cimox,

es21 is the best manga ever~

Unknown said...

aduss.
herm,komen2.
xkagum.
cume kaget.
ape la kaba komik2 tuh skrg?
sape yg jaga?
almari komik sy bnyk lagi ruang.
haha~
erm,,petingkan kualiti drpd kuantiti.
huhu~
ameen.insya'ALLAH

baihaqi said...

to dotchinka:

alhamdullillah, smpat dikebumikan di pusat kitar semula..

Unknown said...

kebumikan?
ditanam semula ke?
bukan ke kertas2 tuh diproses smula mjadi kertas br?
alhamdulillah,,brtambah rezeki d berkat kpd km.andai kertas2 tsebut diguna utk phasilan ktas2 yg bmanfaat kpd ISLAM.
ameen,,
salam~

gelapcerah said...

pijo tu budak melayu ke bai?

baihaqi said...

yep.. budak melayu...

remyheart said...

salasilah,
kembali lgi pda sejarah,
tidakkah nabi Ibrahim itu anak seorang pembuat berhala,
dan tidakkah anak nabi Nuh itu
ingkar akan bapanya